Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

www.jawatanter.com menyediakan perkhidmatan PERCUMA kepada pengguna portal. Tiada sebarang bentuk pembayaran atau yuran dikenakan secara langsung atau tidak langsung, di dalam mana-mana permohonan, pendaftaran atau apa jua keadaan.

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti.




Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942.

Sejarah perkhidmatan Kesihatan Malaysia juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaya dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.

Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta. KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan.

Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang.


Visi dan Misi

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.


MISI


Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :

1. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

2. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
  • mengutamakan pelanggan
  • saksama
  • tidak membebankan
  • cekap
  • wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif

3. dengan menekankan :
  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

Pautan : http://www.moh.gov.my



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkembang dalam memenuhi cabaran dan tuntutan masyarakat. Dalam usaha meningkatkan kualitas pendidikan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mementingkan tenaga kerja sebagai sebahagian tulang belakang untuk mencapai misi dan visinya. Untuk itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari pemuda - pemudi terbaik yang sangat cekap dan bermotivasi diri untuk mengisi Iklan jawatan kosong terkini 2018.

Dalam rangka memperluaskan jaringan jobs jawatan kosong terkini April 2018 dan untuk memenuhi keperluan sumber daya manusia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Jawatan Terkini kedudukan : PELUANG JAWATAN KOSONG

Pada hari ini bulan April 2018Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali membuka kesempatan berkarir atau membuka Iklan Jawatan Kosong Terkini Bulan April 2018 untuk lulusan terbaru dengan kelayakan sebagai berikut :

Jawatan Kosong Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia



Jawatan kosong KKM :

Kami mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut :


PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29 – PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)



Fungsi Bidang Tugas :

  • Membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kajian teknikal dan sainstifik bagi penyediaan bukti/fakta untuk menyokong penetapan sesuatu dasar/polisi Jabatan;
  • Membantu dalam hal ehwal perancangan, perlaksanaan dan kajian semula terhadap sistem pengurusan kualiti dan Pelan Strategik Jabatan;
  • Menjalankan arahan dari semasa ke semasa


Syarat Lantikan Wajib :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut ATAU;
  • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU;
  • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan berkebolehan bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris)
  • Mestilah sihat tubuh badan dan tiada masalah kesihatan.



Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan sampul surat biasa disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan fotostat sijil dan dokumen-dokumen berikut yang diakui sah (mengikut susunan) :

  • Resume Calon;
  • Kad Pengenalan;
  • Sijil Kelahiran;
  • Sijil Tamat Persekolahan;
  • Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Salinan Diploma/Ijazah berserta transkrip (sekiranya berkaitan);
  • Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS) dan
  • Lain-lain dokumen sokongan.






Catatan :
  • Iklan Jobs 2017 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tarikh tutup : 18 April 2018
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. 
  • Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.



Bagaimana anda berminat dengan jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ?



Jika anda berminat dengan jawatan kosong terkini April 2018 ini yaitu yang memberikan maklumat kepada anda tentang : Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Silakan REGISTRASI sila hantar sebaran berkas syarat lantikan secara lengkap via POS ke alamat dibawah ini :


KETUA EKSEKUTIF,
PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 6, PRIMA 9, PRIMA AVENUE II,
BLOK 3547, PERSIARAN APEC,
63000 CYBERJAYA
Pautan :  Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk Peroleh iklan jawatan kosong terkini bulan April 2018 lainnya sila ikuti link kami yang ada dibawah ini. Disamping itu anda juga bisa mendaftarkan Email anda kepada kami untuk peroleh Update Iklan Jawatan Kosong terkini dari kami baik jawatan kosong berkanun, kerajaan atau jawatan kosong swasta serta kerani secara GRATIS atau anda juga bisa mengikuti Fanspage kami di Facebook yang juga selalu update iklan jawatan kosong terkini 2018 setiap harinya. Terimakasih atas lawatannya dan semoga sukses peroleh Jobs yang anda inginkan.

= JOM LANGGAN IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI =

Sila Daftar Emel anda untuk Peroleh dari kami secara PERCUMA / GRATISS




jawatanter ( Iklan Jawatan Kosong Terkini April 2018 )
Jangan lupa silahkan bantu kami menyebarluaskan iklan jawatan kosong terkini bulan April 2018 ini, Agar rakan, saudara atau keluarga anda yang kesulitan mencari jawatan kosong bisa mengetahui iklan jawatan kosong hari ini dan cepat memperoleh jobs, yaitu cukup dengan :
  • "KLIK" tombol "G+1" ==>
  • "Recommend" dan "Share" ==>
  • "Follow@iklan_jawatan" ==>
jangan lupa meletakan link www.jawatanter.com sebagai sumber iklan.

4 comments:

  1. Assalamualaikum cik macam mana nak daftar jawatan kosong kementerian kesihatan di negeri johor Bahru

    ReplyDelete
  2. nk tnye,mcm mne nk isi kekosongan pembantu perawatan kesihatan Gred U11..trima ksih.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya mcm mna cra nak isi jawatan kosong pembantu operasi N11? Tolong bantu sya.terima kasih...

    ReplyDelete
  4. HI, how to apply for institut pengurusan kesihatan?

    ReplyDelete